Alhamdulillah berkat rahmat serta izin dariNYA maka tertubuhlah Ctdot Empire Sdn Bhd. Kami adalah sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan menjual suplimen Minda Int3tree.
Kami bermula dengan mendaftar di SSM atas nama Syarikat Seri Buwana Juta Enteprise. Ctdot Empire Sdn Bhd adalah hasil dari pencapaian Seri Buwana Juta Enteprise. Demi menuju fasa yang seterusnya kami maju setapak lagi hasil didikan Founder Int3tree iaitu Cikgu Sudirman Abdul Rahman.
Alhamdulillah, kini kami juga telah memiliki sebuah bangunan pejabat operasi kami sendiri yang dibina hasil dari perniagaan yang kami jalankan.