FB Post

Posted on
["error","The access token could not be decrypted"]
1 year ago
Timeline Photos

"Minggu depan dah nak puasa, dapatkan stok AEX3XIE anda dengan segera"
.
.
.
"In shaa Allah hari-hari anda ... See more

1 year ago
Timeline Photos

NAK RASA KESEMPURNAAN SECAWAN MINUMAN COKLAT YANG PEKAT DAN SEDAP??
.
USAH RAGU RAGU UTK MEMILIH AEX3XIE, MINUMAN COKLAT PRACAMPUR KURMA DAN MINYAK CAMELINA!!

.
Nak dapatkan AEX3XIE dan ... See more

1 year ago
Timeline Photos

ALAHAII MAKCIK KIAH NI!!
KAN DAH CAKAP HARITU RESTOK BANYAK TERUS!!
KAN DAH HBIS TUU HEHE....
.
.
.
KALAU MAKCIK KIAH PUN SENANG SENANG JE JUAL HAND SANITIZER KELUARAN INT3TREE NI PASTI KORANG PUN ... See more

1 year ago
Timeline Photos

"Siapa dekat sini peminat minuman coklat? Korang dah try minuman coklat dari Aex3xie? Kalau belum korang wajib cuba sebab sekali cuba pasti tak cari yang lain." ... See more

1 year ago
Photos from Ctdot Empire Sdn Bhd's post

"Nikmati kombinasi serasi coklat kurma yang menghasilkan rasa Aex3xie yang hebat! Cuba lah ... See more

1 year ago
Timeline Photos

SEMUA PERINGKAT UMUR KE BOLEH MAKAN INT3TREE?

.

Banyak soalan yang diterima daripada pelanggan dan ‘YA’ semua peringkat umur boleh makan int3tree seawal umur 3 tahun hingga 22 tahun.

.

Hanya ... See more

1 year ago
Timeline Photos

"Setiap hidangan sering mengikuti citarasa sendiri, tetapi dengan Aex3xie setiap hidangan pasti membawa kelainan ... See more

1 year ago
Timeline Photos

TAHUKAH ANDA IBU BAPA MEMAINKAN PERANAN PENTING DALAM MENYOKONG AKTIVITI ANAK DI SEKOLAH?

.

Ramai ibubapa tidak mahu terlibat dengan pihak Sekolah kerana mempunyai masalah tertentu seperti takde ... See more

1 year ago
Timeline Photos

VANILLA MOCHA HOT X3C!

.

HARINI INT3TREE NAK KONGSI LAGI RESIPI MINUMAN PADU BUAT KORANG YANG SUKA COFFEE !! PETIK JARI JE NAK BUAT GUYSSS

.

RESIPI VANILLA MOCHA HOT X3C:

-1 Cawan susu segar

- ... See more

1 year ago
Timeline Photos

HATI2 DENGAN HAND SANITISER PALSU!!!

Kalau dulu kita selalu dengar make up timbang kilo, sekarang banyak lak hand sanitizer yang tumbuh macam cendawan lak. Tu xpe lagi, tapi korang kene pastikan ... See more

« 2 of 51 »

Kenapa Berniaga Perrlu Kekal Fokus & Upgrade Ilmu ?

Posted on
Kelas-stokis

Knp orang berniaga tu kena selalu fokus dan wajib utk tambahkan ILMU..sebab skrg ni zaman sgt laju berubah..peniaga yg x nak berubah dan asik guna strategi sama anda akan di telan oleh pesaing…

nak berjaya dalam business kena fikirkan longterm jika tidak anda akan penat asik berputar di kedudukan yg sama tanpa ada perubahan..

kelas-2

Rugi x join #teamInt3tree taw…disuapkan dgn ilmu yg awesome. Mmg xde alasan utk kita x bErjaya bersaMa #Int3tree.

Siapa NAK BERJAYA BERSAMA #INT3TREE? 🙋🙋Jom daftar sekarang!!

Anak Pergi Gym Pada Bulan Puasa

Posted on
testimoni-anak

Korang boleh baca kisah si abang dan si adik ni, steady je meraka berpuasa macam tak berpuasa je.
.
banyak betul tenaga mereka ni….klo nak anak2 seperti mereka, korang boleh dapatkan int3tree dari pengedar yang sah.
.
Apa???😱😱😱 xtaw nk dapatkan kt mana? 

.

Klik pada Link >>> Senarai Ejen

Promosi Ramadhan – Int3tree Advance

Posted on
promosi-ramadhan

Pengambilan 1 sachet #int3tree semasa bersahur, membantu anak kita bertenaga sepanjang Ramadhan:

✓ Membantu mengawalkan rasa lapar
✓ Menolong mengekalkan fokus & bertenaga
✓ Menyokong kesihatan dengan pengambilan nutrisi yang baik

Ibu Prihatin Kongsi Gembira Dengan Perkembangan Anak

Posted on
ibu gembira dengan int3tree

Alhamdulillah…. tahniah ibu prihatin yg bErkOngsi rasa gEmbira perkembangan anak dgn kaMi pEngedar iNt3tree😍😍😍.

TahNiah #TitanCtdotEmpire puan Shahrul Ika yg tErus sEmangat dan bErjaya bErkOngsi maNfaat int3tree kepada ibuayah hebat diluar sana.

Nikmat yg Allah bEri pd kaMi bilamana Allah hantarkan kaMi #Testimoni yg sEntiasa gEmbira dGn pErubahan aNk2 mereka.

#KegeMbiraanIbuayahKutamaanKami

Anda ibu ayah yG masih mempunyai masalah aNk #Gagal bertahan puasa??
Jika Ya!!! kami ada sOlusinya🙋🏻‍♀️🙋🏻‍♀️🙋🏻‍♀️…

Inshaa Allah berbekalkan 1 sachet #Int3tree slps sahur, ank2 puan akn kEkal bErtenaga sEhinGga balik Terawikh dan bolEh smbg buat hOmework laGi…

Klik jEr liNk www.ctdotempire.com dan inshaa Allah tEam kaMi baNtu aNda dapatkan harga #Istimewa dibuLan #Ramadhan ini.

#AllahSayang
#Int3treeTerbaik
#BekalanDibulanRamadhan
#KekalCergasDanBertenaga

Anak Kekal Fokus Dalam Peperiksaan

Posted on
bantu anak jawab soalan peperiksaan

Anak kekal fokus dalam menjawab soalan peperiksaan bekalkan anak anda dengan Int3tree ..Aamiin Ya Allah Ya Khabir Ya Hakim Ya Mujib.

Kita berusaha yG tErbaik utk mEreka semua. Alhamdulillah kiNi int3tree ada dan dpt baNtu mereka kEkal cerGas hiNgga kE malam… Tq Allah atas anuGerah iNi….

Selamat mEnjalaNi pEperiksaan pErteNgahan tahun buat sEmua aNk2 hEbat yang berMula pada haRi iNi.💪💪💪

#Int3treeTerbaik
#AnugerahIlahi
#FounderCtdotEmpire

7 CARA BERKESAN AJAR ANAK KECIL UNTUK BERKONGSI BARANG

Posted on

Ada cara betul untuk ajar anak berkongsi benda atau barang tak kira dengan sesiapa pun. Manakan tidak, perangai pelik mereka ini ada kalanya buat kita rasa musykil sedikit.

Bayangkanlah dengan kawan, kemain lagi dia pandai berkongsi benda tapi bila dengan

adik beradik, tiba-tiba dia jadi kedekut yang amat! Hingga boleh buat gaduh besar kalau terambil barang si dia.

“Ishh mana boleh! Mainan ni Aiman punya! Barang yang lain sama! Aiman  je boleh guna, adik tak boleh!”

Macam mana dia boleh kedekut ya? Rasanya ibu dan ayah tak pernah ajar. Jadi, apakah cara terbaik bila anak mula bersikap kedekut?

Adakah perlu terus dimarah? Atau biarkan sahaja dengan harapan dia akan berubah sikap apabila semakin membesar kelak?

Ha berikut merupakan 7 tips mengatasi anak suka bergaduh dan bertengkar kerana tidak mahu berkongsi barang agar mereka dapat belajar bermain atau menggunakan sesuatu barang itu bersama-sama tanpa berebut.

 

1. MULAKAN DARI RUMAH

Ajar anak dari rumah

Rumah merupakan sekolah pertama anak-anak. Pelbagai perkara akan anak pelajari bermula dari rumah. Anak dalam usia sebegini sememangnya menjadi pencerap dan pemerhati yang sangat baik terhadap perkara yang berlaku di sekelilingnya. Oleh itu, kita sebagai ibu bapa seharusnya menunjukkan contoh yang baik dalam konsep berkongsi agar anak turut memahami erti perkongsian.

Sebagai contoh, ibu bapa boleh menunjukkan kepada anak bahawa semua ahli keluarga boleh berkongsi kuih-muih yang dihidangkan dalam satu pinggan untuk dimakan bersama, berkongsi buku untuk dibaca atau berkongsi menggunakan alat tulis yang ada di rumah.

 

2. BERMAIN BERSAMA

Luangkan masa bersama anak

Bermain bersama anak juga merupakan salah satu cara untuk mendidik anak kecil berkongsi barang. Ini kerana, dalam proses bermain itu sudah pasti kita akan menggunakan pelbagai peralatan untuk bermain bersama mereka termasuklah alat permainan anak. Jadikan aktiviti bermain bersama anak kecil sesuatu yang menyeronokkan dengan berkongsi barang permainan bersama mereka.

Kelak, mereka akan memahami bahawa berkongsi barang itu dapat melipat gandakan kegembiraan mereka bukan sahaja ketika bermain, malah dalam melakukan pelbagai perkara lain juga.

 

3. TETAPKAN MASA

Tetapkan masa bermain utuk anak

Ibu bapa juga boleh mengajar anak berkongsi barang dengan menetapkan masa untuk anak bermain atau menggunakan sesuatu barang. Sebagai contoh, abang akan bermain alat muzik gitar dalam masa 10 minit, dan kemudian giliran adik pula bermain permainan tersebut dalam tempoh 10 minit.

Selain daripada belajar untuk mengambil giliran, anak kecil sekaligus dapat belajar berkongsi barang dengan orang lain.

 

4. MINTA KEBENARAN

Ajar anak untuk sentiasa hormat barang orang lain

Untuk mengelakkan anak suka bergaduh, fahamkan mereka tentang konsep meminta dan memberi pinjam untuk berkongsi barang. Didik anak kecil untuk meminta kebenaran sekiranya ingin meminjam atau berkongsi barang dengan orang lain dan ucapkan terima kasih apabila diberi pinjam barang tersebut.

Tegur anak kecil secara berhemah sekiranya mereka hanya merampas barangan yang diingini daripada orang lain. Ingatkan juga anak kecil untuk berhati-hati ketika menggunakan barang yang dikongsikan bersama orang lain itu dan menjaga barang tersebut seperti barangnya sendiri.

 

5. BERI KEPADA YANG MEMERLUKAN

Ajar anak erti memberi kepada yang lebih memerlukan

Berkongsi apa yang kita ada kepada orang lain yang memerlukan adalah amalan mulia yang seharusnya dipupuk dalam diri anak kecil. Sesekali, kita boleh mengajak anak untuk mengumpul barang-barang yang masih elok tetapi tidak lagi digunakan di rumah untuk diberikan kepada individu yang lebih memerlukan.

Cara ini bukan sahaja dapat memupuk sifat pemurah dalam diri anak, malah anak kecil ini akan belajar bahawa perkongsian dapat memberi manfaat buat orang lain juga.

 

6. SIMPAN BARANG KESAYANGAN

Mengajar anak untuk simpan barang kesayangan mereka

Kita semua pasti mempunyai beberapa barang yang amat disayangi dan tidak mahu dikongsikan kepada orang lain. Begitu juga dengan anak kecil. Mereka tidak boleh dipaksa untuk berkongsi barangan kesayangan mereka dengan orang lain.

Untuk mengatasi anak suka bergaduh, bantu anak kecil ini memilih barangan kesayangannya untuk disimpan di tempat yang selamat apabila tetamu datang ke rumah serta benarkan anak berkongsi barang-barang lain dengan tetamu yang datang.

Dengan ini, anak akan dapat belajar membuat keputusan dalam memilih barangan yang mahu disimpan untuk dirinya sahaja dan barang yang boleh dikongsikan bersama orang lain.

 

7. BERI PUJIAN

Sentiasa beri pujian yang positif kepada anak

Apabila anak kecil sudah dapat menerima serta memahami konsep perkongsian dan mula berkongsi barang dengan adik-beradik, sepupu mahu pun kawan-kawan mereka, jangan lupa untuk memberikan pujian kepada mereka!

Pujian daripada kita sebagai ibu bapa ini sangat bermakna buat anak kecil kerana ianya pasti dapat meneguhkan serta mengukuhkan lagi sikap mereka untuk berkongsi barang dengan orang lain.

 

‘SHARING IS CARING’

Sentiasa ingatkan anak-anak bahawa berkongsi merupakan amalan yang mulia kerana ianya menunjukkan sikap toleransi dan perhatian kita terhadap individu di sekeliling kita. Bimbing anak untuk memilih perkara yang boleh dikongsi dan tidak boleh dikongsi dengan orang lain.

Semoga, anak-anak akan dapat belajar berkongsi barang dengan orang lain seterusnya mengaplikasikan konsep perkongsian ini dalam kehidupan seharian mereka kelak. ‘Sharing is caring’!

 

Sumber: siraplimau

Ilmu Berniaga Didunia, Untuk Bekalan Diakhirat

Posted on

Assalamualaiakum…. Sy Pn Hamidah a.k.a Ctdot merupakan Founder CtdotEmpire Sdn Bhd.
.
BersaMa #Int3tree banyak yg sy bElajar iLmu bErniaga di duNia yG meMbaWa kE akhiRat. So, drpd situ sy cuba cikit dEmi sedikit bErubah kEarah itu…
.

TAPI!!!! ada bNda yG sy nk kOngsikaN👇🏻👇🏻👇🏻

sepanjang saya berniaga terlalu ramai sy jmpa org yg suka bandingkan diri dia dengan org lain contohnya dari segi sale dan sebagainya..tau kah anda dengan cara begitu anda akan menurunkan level kenyakinan sendiri dan akhirnya akan membawa kepada tahap anda akan give up.
.
melihat kejayaan org lain dan menjadikan ia inspirasi itu perlu agar anda lg bersemangat tp jangan menghukum diri dengan kejayaan org lain sampaikan anda menjadi down..

Nak kaya dan berjaya? Ubah mindset, ubah cara berfikir dan ubah circle. Nak belajar macam mana buat duit raya dengan int3tree roger2.. Nanti saya share dan guide.

#Int3treeTerbaik
#IamInt3treeMillionaire
#IamFounderCtdorEmpireSdnBhd

7 PANDUAN BAGAIMANA INGIN DICINTAI OLEH ALLAH SWT

Posted on

Setiap kita pasti menginginkan dicintai oleh Allah. Kerana, jika Allah mencintai kita, maka kebahagiaan di dunia dan di akhirat akan kita raih. Pertanyaannya, bagaimanakah caranya agar kita bisa dicintai oleh Allah?

Pernahkah kita merasa hidup ini sangat kosong? Maka jawapannya adalah carilah cinta Allah.

Cinta akan Allah SWT adalah kecenderungan hati seseorang kepada Allah SWT yang membuatkan seseorang sanggup melakukan apa sahaja demi meraih kesukaan-Nya.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

 

“Dan orang-orang yang beriman, lebih kuat cinta mereka kepada Allah.”

al-Baqarah: 165

 

Allah SWT sentiasa membuka jendela cinta-Nya kepada sesiapa pun hamba yang ingin pulang ke pangkuan kasih-Nya tak kira masa dan tempat. Cinta-Nya lebih luas daripada samudera dan terbukti dalam setiap ciptaan-Nya. Seperti penciptaan molekul zarah dan galaksi yang sentiasa beredar dan menghasilkan keseimbangan dan begitu juga setiap sel dan darah yang bergerak tanpa disedari dalam badan kita.

Maha suci Allah, jadi untuk membalas cinta-Nya, terdapat tujuh jalan untuk dicintai dan mencintai Sang Kekasih Agung kita supaya menjadi hamba yang bersyukur:

 

1. MEMBACA AL-QURAN DENGAN TADABBUR DAN MEMAHAMI MAKNANYA

Cinta pada al-quran dan sentiasa membaca al-quran

Al-Quran adalah kalam-kalam Allah yang menjadi mukjizat Rasulullah dalam menyampaikan dakwah. Mendalami setiap makna dan perintah Allah menjadikan kehidupan kita lebih terurus dan teratur seraya merapatkan hubungan kita kepada Ilahi.

Abdullah bin Mas’ud RA berkata:

 

“Siapa yang ingin mengetahui bahwa dia mencintai Allah dan Rasul-Nya, maka perhatikanlah jika dia mencintai Al Quran, maka sesungguhnya dia mencintai Allah dan rasul-Nya.”

 

Atsar shahih diriwayatkan di dalam kitab Syu’ab Al Iman, karya Al-Baihaqi.

 

2. MENCINTAI RASULULLAH SAW DAN PARA-PARA KEKASIH ALLAH

Selawat dan salam ke atas Nabi SAW

Sementara itu, orang yang mencintai Allah wajiblah mencintai pesuruh-Nya jua iaitu Rasulullah SAW.

Allah SWT berfirman:

 

“Katakanlah : ” Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Ali ‘Imran 3: 31

 

Dengan cara menghayati dan mengamali sunnah baginda, hubungan cinta kita akan Allah bertambah kuat. Begitu juga dengan mengambil hikmah dan kisah daripada sahabat-sahabat Rasulullah SAW dan kekasih-kekasih Allah seperti Rabia’tul Al-Adawiyah, Syeikh Ibn Athai’llah, dan Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani.

 

3. MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH DENGAN MELAKUKAN AMALAN SUNAT DAN BERZIKIR

Melakukan kebaikan kepada semua

Menjalankan ibadah sunat menjadikan jiwa kita tenang dan menambahkan kecintaan kita pada Maha Pencipta. Contoh ibadah sunat adalah berzikir, bertahajud, solat dhuha, solat taubat, berpuasa, dan banyak lagi.

Daripada Abu Hurairah RA Nabi SAW bersabda: Allah Ta’ala berfirman:

 

“Aku adalah sepertimana sangkaan hambaKu terhadapKu dan Aku bersamanya ketika dia berzikir mengingatiKu. Maka jika dia mengingatiKu dalam dirinya, Daku akan mengingatinya dalam diriKu, dan jika dia mengingatiKu dalam jemaah manusia,

 

Daku akan mengingatinya dalam jemaah yang lebih baik dari mereka; Dan jika dia mendekatiKu sejengkal, Daku akan mendekatinya sehasta; Dan jika dia mendekatiKu sehasta, Daku mendekatinya sedepa; Dan jika dia mendatangiKu sambil berjalan, Daku akan mendatanginya dengan berlari.

 

4. MELEBIHKAN CINTA KEPADA ALLAH DI ATAS KECINTAAN KEPADA PERKARA YANG LAIN

Paling utama cinta kepada allah

Allah Ta’ala berfirman:

 

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang disenangi dan diingini, yaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak, dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia. Namun di sisi Allah lah tempat kembali yang paling baik.

Ali Imran 3:14

 

Rabia berpesan dalam ‘Bercinta Dengan Allah’ karangan Ibnu Qayyim :

 

“Ramai penghuni dunia yang berpaling daripada cinta Allah kerana cinta akan dunia. Seandainya dunia ini ditinggalkan nescaya rohani mereka akan terlihat di alam akhirat dan kembali kepada pemilikan dengan penuh berhikmah.”

 

5. MENGHAYATI DENGAN HATI NAMA-NAMA DAN SIFAT-SIFAT ALLAH

Asma ul-husna

Hati sanubari dapat menjadi pengantara untuk mengenal cinta-Nya. Hati akan menjadi semakin rindu dan takut dengan menyelami keindahan nama-nama dan sifat-sifat Allah yang termaktub dalam Al-Quran dan hadis serta pendapat ulama’.

Serangkap syair dalam kitab tauhid Matan Jauharah berbunyi:

 

Bagi mengenal Allah perhatikanlah kejadian dirimu, dan panjangkanlah pemerhatian kepada Alam di atas seperti langit, matahari, bulan, bintang, kemudian perhatikan Alam Rendah seperti; manusia, binatang, tumbuhan, bukit-bukau.

 

6. BERSAHABAT DAN DUDUK DENGAN ORANG SOLEH DI MAJLIS ILMU

Cinta kepada masjid dan surau

Selalu berada di majlis-majlis ilmu seperti ceramah agama bersama sahabat-sahabat yang baik membuatkan kita sentiasa memperbaiki diri dan membuktikan kecintaan kita kepada Allah.

Allah SWT berfirman:

 

“Wahai orang-orang beriman! Apabila kamu diminta untuk memberi ruang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun, maka bangunlah, supaya Allah meningkatkan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama daripada kalangan kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.”

Al-Mujadalah, 58:11

 

7. JAUHKAN DIRI DARI PERKARA YANG MENJAUHKAN HATI DARI ALLAH

Takut untuk melakukan dosa

Hati yang bersih sentiasa dekat dengan Allah. Namun maksiat yang boleh bermula dari pandangan mata dan perkara-perkara lalai yang merosakkan hati dapat menjauhkan hati kita dari Allah SWT.

Sahal bin Abdullah mengatakan :

 

“Aroma keyakinan tak akan pernah terhidu dari hati yang masih ada kecenderungan pada selain Allah. Cahaya Ilahi tidak mungkin masuk ke dalam hati yang dalamnya masih ada sesuatu yang dibenci oleh Allah.”

 

Begitu jua pesan Syeikh Ibn Athai’llah dalam Hikam:

 

“Manisnya hawa nafsu yang telah menguasai hati adalah penyakit yang sulit untuk disembuhkan.”

 

Kesimpulannya untuk mendapat redha Allah, kita perlu berusaha membuktikan kecintaan kita kepada Allah dari seluruh aspek, perasaan, lisan dan perbuatan. Cinta Allah SWT bukan cinta biasa kerana dengan mencintai-Nya, maka cinta kita kepada Rasulullah SAW, Ibu bapa, keluarga, saudara dan seumpamanya semakin utuh.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah berkata:

 

“Seseorang tidak akan memiliki kebaikan, meraih kemenangan, merasakan kenikmatan dan kesenangan hakiki kecuali dengan mengesakan cintanya kepada Allah SWT semata, dan Allah lebih dicintainya daripada yang lain.”

 

Sumber: tzkrh

5 TIPS MENJADI SUPER MUM YANG HEBAT, BAIK & PENYAYANG

Posted on

Seorang ibu mempunyai peranan yang sangat penting di dalam keluarga sehingga seringkali disebut sebagai super mum.

Super Mum ialah seorang wanita yang bertanggungjawab dalam menjaga emosi dan kesihatan fizikal anak-anak tanpa mementingkan diri serta mampu melaksanakan tanggungjawab dalam rumah tangga dengan baiknya.

APAKAH CARA MENJADI SUPER MUM YANG HEBAT DAN PENYAYANG?

Para ibu usahlah bersedih. Bekerja atau tidak, ia bukan penentu kejayaan kita mendidik anak-anak. Usahlah terlalu fokus kepada masalah sehingga kita lupa tanggungjawab sebenar kita sebagai seorang ibu. Apabila kita terlalu tertekan, kita akan selalu melihat kepada keburukan.

Dari situ kita akan suka membebel tentang perkara yang kecil. Anak akan mula rasa bosan apabila mereka selalu dileteri dan mereka mula mencari hiburan di luar. Rumah sudah tidak menjadi syurga.

Semoga tips bagaimana menjadi ibu yang super baik dan sabar ini akan menjadikan kita lebih bahagia menjadi seorang ibu:

 

1. HARGAILAH ANAK

Beri hadiah sebagai tanda penghargaan

Kita lupa untuk menghargai apabila terlalu focus kepada keburukan anak. Contoh: Kita tidak melihat bahawa anak yang banyak bertanya itu adalah bagus.

Kita abaikan dia. Kita buat endah tidak endah. Sesekali hargailah dia dengan menjawab setiap persoalan. Pandang wajah dan mata mereka, tanda kita ikhlas dan menghargai mereka.

 

2. SENTIASA BERSYUKUR

Bersyukur atas pinjam dari allah

Kadang kala tanpa kita sedar, kita sering mengadu yang kita penat bekerja. Apabila pulang ke rumah, sambung pula kerja membasuh, memasak dan sebagainya. Kita mengeluh dan berleter. Terlupa mahu bersyukur yang kita punya keluarga, ada suami dan anak-anak.

Kita terlupa untuk bersyukur, kita masih punya rumah untuk didiami. Semoga dengan rasa bersyukur ini akan menjadikan kita berlapang dada.

 

3. TIDAK MEMBANDINGKAN ANAK DENGAN ANAK ORANG LAIN ATAU ADIK BERADIK SENDIRI

Terima dengan seadanya

Kita juga terlepas pandang tentang perkara ini. Kita sering membandingkan anak dengan harapan dia akan sedar dan berubah. Walhal itu cara yang salah untuk merubah seseorang anak.

Apabila sering membandingkan, anak akan rasa rendah diri dan malu kepada orang lain. Rasa yakin pada diri sedikit demi sedikit akan terhakis.

4. FORGIVE & FORGET

Memaafkan anak kesalahan kita

Sebagai ibu, amat penting untuk kita sentiasa memaafkan kesalahan anak. Memaafkan itu lebih melapangkan. Memaafkan itu lebih membahagiakan daripada kita terasa dan memendam perasaan.

Selepas itu kita melupakan dan tidak mengungkit lagi kesalahan anak yang telah lalu. Kita selalu memberikan mereka harapan dan berubah menjadi insane yang lebih baik.

5. DOA, DOA DAN DOA UNTUK ANAK-ANAK

Minta pertolongan dari allah

Bagaimana menjadi ibu yang baik untuk anak, jika tidak pernah berdoa untuk anak? Ketahuilah, bahawa doa itu adalah senjata yang terbaik. Doa ibulah doa yang mustajab. Doa ibu yang solehah pasti tidak akan ditolak oleh Allah. Berdoalah yang baik-baik untuk anak.

Hantarkan Al-Fatihah kepada mereka jika kita berjauhan daripada mereka. Mohon kepada Allah agar dijagakan mereka untuk kita.

 

AKHIR KATA

Semoga tips bagaimana menjadi super mum yang baik ini akan dapat memberi manfaat buat para ibu. Ingatlah, kecantikan seorang wanita terlihat bukan sahaja melalui rupa paras semata tetapi fungsinya kepada dunia iaitu;

 

1. Wanita yang menjadi anak, yang taat kepada ibu dan bapanya.

2. Wanita yang menjadi isteri, yang pandai mengambil hati suami.

3. Wanita yang menjadi ibu, yang berusaha mendidik anak-anaknya dengan baik

4. Wanita yang berusaha menjaga aurat dan kehormatan diri.

5. Wanita yang berjuang untuk agama Islam

6. Wanita yang mencintai Allah dan Rasulnya.

 

Semoga bermanfaat.

 

Sumber: siraplimau