ANAK MENGALAMI DEMAM PANAS? GUNAKAN 6 TIPS MUDAH INI YANG SANGAT BERKESAN

Posted on

Zaman sekarang, kita sering terdedah dengan cuaca dan keadaan sekitar yang kurang sihat. Sekiranya antibodi tidak kuat, maka kita akan mudah dijangkiti penyakit apatah lagi buat kanak-kanak.

Bila anak kita demam, perasaan ibulah yang paling susah hati. Semua tugas yang perlu di kerjakan terbengkalai akibat kerisauan terhadap anak mereka.

Jangan risau dan susah hati, ade banyak tip untuk turunkan suhu badan anak. Ibu mesti gunakan tip yang berguna ini untuk anak demam di rumah. Mari lihat, tips anak demam dengan cara yang mudah ini:

 

1. SUKAT SUHU BADAN ANAK

sentiasa periksa suhu anak

Suhu badan yang normal ialah 36.7 C. Justeru, gunakan termometer yang boleh didapati di kedai-kedai farmasi. Sebaiknya, setiap famili ada termometer ini. Sama ada, jenis letak di dahi, di mulut, atau di telinga. Terpulang kepada bajet dan kemampuan. Alat ini penting dan perlu ada di rumah untuk kecemasan. Semasa anak demam, menjadi tugas anda untuk sentiasa cek suhu badan dia. Kawal suhu badan anak anda, jika terlalu panas dan melebihi 38 darjah celcius, ambil inisiatif untuk menurunkan suhu badan anak anda.

 

2. TUAM KEPALA DAN BADAN ANAK

Kurangkan suhu badan

Jika suhu badan terlalu panas, ambil tuala dan rendamkan dalam air paip, kemudian tuam seluruh badan anak anda, di bahagian kepala terutamanya. kemudian tuamnya juga di bahagian pelipat seperti ketiak, celah peha, dan celah kaki. Tuala yang dibuat tuam itu perlu di celup semula dengan air setelah digunakan. Jangan biar tuala itu di dahi terlalu lama. Jangan pakaikan baju tebal, hanya pakaikan singlet dan kain nipis untuk menutup badannya.

Jika masih juga panas, segera mandikan dia dengan air paip, pastikan kepala dia sejuk sedikit dan tidak terlalu panas. Mudah petua anak demam ini bukan? Namun, berapa ramai yang melakukannya zaman ini?

 

3. BERI ANAK MAKAN BUBUR

Bubur makanan paling sesuai untuk anak demam

Pastikan perut anak tidak kosong. Jangan abaikan petua anak demam ini. Anak yang demam tiada selera makan kerana tekak mereka sakit akibat suhu badan yang terlalu panas. Jangan sampai terjadi tonsillitis. Masakkan bubur kosong dan hanya bubur sedikit garam sahaja. Pastikan dia masih mampu makan untuk sembuh dari demam. Berikan makanan yang lembut dan tidak menyakitkan tekaknya. Jika dia tidak makan, badan anak tidak cukup tenaga untuk melawan penyakit.

Aiskrim Vanila juga boleh diberikan kepada si kecil jika tekaknya sakit. Atas nasihat doktor, aiskrim vanilla dapat melegakan rasa panas dan sakit tekak. Boleh cuba beri anak makan sayur jika anak suka.

 

4. MINUM BANYAK AIR DAN SUSU

Sentiasa hidrasi

Berikan anak air masak yang secukupnya. Ramai sudah tahu petua anak demam yang ini, tetapi selalu mengabaikannya. Air masak perlu diberikan secukupnya, kerana ketika demam, suhu badan yang meningkat akan menyebabkan badannya mudah kekeringan air. Badan yang kekeringan air lebih lambat untuk sembuh dan ini akan membawa kepada masalah yang lain pula seperti ketidakseimbangan elektrolit (garam galian) di dalam badan dan kalau kekeringan air ini dibiarkan melarat, boleh menyebabkan anak mendapat sawan, kerosakan buah pinggang dan otak dan mungkin boleh menyebabkan kematian.

Jika anak anda minum susu formula, berikan susu formula yang selalu dia minum. Jika anak masih menyusu badan, berilah sekerap mungkin dia susu supaya panas badannya berkurang. Susu ibu juga penawar dan antibodi melawan penyakit.

Jika tekaknya sakit untuk minum, tampalkan ‘kool fever’ ditekaknya untuk kurangkan sakit tekak. Jus buah yang dicairkan, sup ayam atau sup daging, air nasi, air kelapa, air barli juga boleh diberikan jika anak anda sudah besar.

 

5. SENTIASA BERADA DI SISI ANAK

Menjadi peneman anak

Petua anak demam yang seterusnya ialah sentiasa berada di sisi anak apabila dia memerlukan kita. Anak yang tidak sihat, mereka memerlukan perhatian yang lebih daripada ibu bapa. Jadi, kita sebagai ibu bapa perlu sentiasa berada di sisinya ketika dia tidak sihat. Tanya keperluannya, perasaan dia, berbual-bual dengannya. Bacakan buku kegemarannya. Tonton bersama cerita kesukaannya.

Apa yang dia mahukan jika masih tidak keterlaluan, segerakan beri kepadanya. Sentiasa memeluk dan mencium anak dan bisik di telinganya, ibu sayang awak, sihat cepat sayang nanti kita pergi jalan, bersiar-siar, bermain. Beri semangat padanya. Pasti anak anda akan lebih cepat sembuh dari sakitnya.

 

6. BERDOA PADA ALLAH

Doakan kesihatan anak

Doa juga merupakan senjata utama dalam setiap masalah yang kita hadapi. Walau sejauh mana pun kita ikhtiar, tetapi kita tidak memohon kepadaNya, samalah macam kita tidak percaya kekuasaanNya. Jadi sebagai umat Islam, kita haruslah memohon pertolongan kepada Allah untuk memudahkan segala urusan kita dalam membesarkan anak-anak, berdoa agar diberi kesihatan yang baik kepada keluarga.

Tambah pula dengan membuat solat-solat sunat, InsyaAllah, Allah akan perkenankan doa hambanya yang berserah dan hanya percaya kepadaNya. Allah hanya akan menguji hambaNya yang mampu menanggung ujian itu.

 

Sumber: siraplimau

5 Tips Menanam Sifat Rajin Anak Ke Masjid

Posted on

Tidak lama lagi bulan Ramadhan akan datang. Setiap umat Islam pasti tidak mahu melepaskan peluang setahun sekali untuk melakukan solat terawih di masjid. Tapi… teringat pula anak-anak yang tiada siapa jaga.

Teringin juga ingin bawa anak-anak ini ke sana untuk memperkenalkan tentang Islam dengan lebih lanjut pada mereka. Tapi… tak mengganggu jemaah lain ke?

“Lecehlah, nanti dia bukannya solat terawih, main-main adalah. Malulah nanti kalau dia ganggu jemaah lain. Kalau ajak dia duduk sebelah, ada pula orang cakap kita putuskan saf jemaah. Hmm… Adakah tips bawa anak kecil ke masjid?”

Jangan risau ibu bapa semua! Bawa saja anak-anak anda itu. Sejarah telah membuktikan yang kanak-kanak dulu juga di bawa ke sana untuk diajar tentang ibadah solat dan pelbagai ilmu lain.

Mari kita bincangkan serba-sedikit tentang tips bawa anak ke masjid dan hukumnya.

 

HUKUM BAWA ANAK KECIL KE MASJID

Kesinambungan daripada Syed Hussaini Syed Hassan menerusi Bayan Linnas, sumber daripada Pejabat Mufti itu berpendapat membawa anak kecil ke masjid adalah diharuskan.

Namun, ibubapa wajib menjaga dan memastikan anak-anak yang dibawa dalam keadaan yang boleh dikawal.

MARI KITA LIHAT TIPS MEMBAWA ANAK KE MASJID:

1. PILIH MASJID YANG MESRA JEMAAH

Masjid yang besar dan selesa

Ini perkara pertama yang harus anda pertimbangkan. Pilih masjid yang luas, sejuk dan mempunyai budak-budak lain di situ. Bukan apa, masjid yang sempit biasanya akan cepat penuh. Nanti anak-anak akan mudah tak selesa.

 

2. LIHAT ‘MOOD’ ANAK SEBELUM KE MASJID

Mood anak sangat penting

Penting untuk kita fahami keperluan anak-anak. Mereka boleh meragam jika tidak cukup tidur, lapar, penat, atau keadaan masjid yang terlalu ramai hingga menjadikan mereka tidak selesa.

‘Mood’ ini akan mempengaruhi tindakan serta cara kelakuan mereka.

Jika kanak-kanak masih kecil, hiperaktif, susah dikawal dan sering mengganggu jemaah, maka lebih elok tidak di bawa ke masjid.

 

3. CARI TEMPAT YANG SELESA DAN DI HUJUNG SAF SEMASA DI MASJID

Cari ruang kosong

Jika kanak-kanak tidak mengganggu namun dibimbangi oleh kedua ibu-bapa akan keadaannya, maka boleh diletakkan di sebelah ibu-bapanya.

Untuk keadaan sebegini, disyorkan ibubapa untuk bersolat di tepi dinding (hujung saf) dan diletakkan anaknya itu dihujung sekali.

Cara ini lebih mudah untuk anda memantau anak anda dari semasa ke semasa.

 

4. BAWA MAINAN KESUKAAN MEREKA

Mainan supaya mereka diam dan bermain

Anak yang masih kecil mungkin akan cepat meragam jika mereka bosan dan penat. Anda sebagai ibu bapa harus bijak mengatasi masalah ini. Bawa sebarang mainan kanak-kanak untuk mengisi masa lapang mereka.

Tapi pastikan barang permainan itu tak bising dan mengganggu jemaah lain! Cuba bawa buku warna, bantal, selimut, patung kegemarannya dan lain-lain.

 

5. DUKUNG ANAK KECIL YANG MENANGIS ATAU MENGGANGGU KETIKA SOLAT

Belajar cara mendukung anak

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW pernah memanjangkan sujudnya kerana cucunya Hasan dan Husein telah memanjat di belakang baginda SAW dan bermain-main di atas belakang baginda SAW.

Ini seperti mana yang telah diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad.

Di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Qatadah al-Ansori RA, baginda SAW bersabda:

رَأَيْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم يَؤُمُّ النَّاسَ وَأُمَامَةُ بِنْتُ أَبِي الْعَاصِ وَهِيَ ابْنَةُ زَيْنَبَ بِنْتِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم عَلَى عَاتِقِهِ، فَإِذَا رَكَعَ وَضَعَهَا وَإِذَا رَفَعَ مِنْ السُّجُودِ أَعَادَهَا

Maksudnya: “Aku melihat Nabi s.a.w mengimami solat sedang mendukung Umamah binti Abi al-As yang juga anak perempuan Zainab binti Rasulillah SAW. Apabila Baginda rukuk diletakkannya dan apabila bangun dari sujud Baginda mengangkatnya semula”. [Riwayat Muslim, no. Hadith 845]

 

TIDAK SALAH SOLAT TERAWIH DI RUMAH

Jika anda mahu membiasa akan dengan solat di masjid, anda boleh selalu berbuat demikian lagi pada masa akan datang walaupun di luar bulan Ramadhan.

Malah, tips bawa anak kecil ke masjid ini mungkin lebih mudah untuk dilakukan pada hari-hari biasa kerana bilangan jemaah yang kurang.

Bagi yang tidak mempunyai anak kecil lagi, jangan pula mengkritik mereka yang membawa anak-anak.

Sebaliknya, raikanlah anak-anak ini dan permudahkanlah urusan keluarga tersebut dalam menunaikan hasrat beribadah di bulan yang mulia.

Semoga anak-anak tersebut membesar menjadi anak-anak yang cintakan Islam dan masjid!

 

Sumber: Siraplimau

6 Tips Mudah Untuk Ajar Anak Berpuasa

Posted on

Sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba ini, Ibu bapa akan banyak menulis mengenai strategi meghadapi dan mendidik anak-anak kecil berpuasa. Tips mengajar anak kecil berpuasa untuk pertama kali ini, syarat pertamanya ialah, kita pasakkan dan betulkan dulu niat kita mendidik anak kita berpuasa bukan kerana hendak menunjuk-nunjuk atau sebagainya.

Dari segi syarak, kanak-kanak yang berumur 9 tahun tidaklah dipertanggungjawabkan menunaikan ibadah puasa kerana dia masih lagi belum baligh. Namun ibu bapa kanak-kanak tersebut mempunyai suatu tanggungjawab untuk mendidik anak tersebut dalam hal ibadat. Atas dasar inilah Islam menyuruh kita untuk mendidik anak kita dalam hal solat seawal tujuh tahun dan boleh memukulnya (dengan tujuan dan cara mendidik) ketika umur 10 tahun.

Jadi umur-umur sebelum itu adalah suatu tempoh untuk mendidik anak-anak kearah berpuasa. Kita tidak sepatutnya terlalu keras contohnya sehingga meletakkan anak tersebut mesti berpuasa penuh sepanjang Ramadan seawall 5 atau 6 tahun. Walaupun boleh jadi anak tersebut boleh menyempurnakan puasa tersebut tetapi objektif pendidikan anak-anak dalam berpuasa tidak akan tercapai.

6 TIPS MUDAH MENGAJAR ANAK BERPUASA PADA USIA KECIL BUAT PERTAMA KALI

Berikut adalah beberapa tips yang dapat mendidik anak berpuasa pada usia kecil:

1. LIHAT KEMAMPUAN ANAK KITA

Ukur pada keupayaan anak

Penting untuk ibu bapa memahamkan anak tentang keutamaan solat berbanding puasa. Libatkan mereka dalam solat sehari-hari dan dari situ, anda akan mendapati lebih mudah untuk anak memahami dan menjalankan ibadah puasa dengan rela hati.

Oleh itu, jangan membandingkan anak anda dengan orang lain. Sebaliknya, lihatlah kemampuan anak sendiri sama ada mereka bersedia untuk melakukan ibadah puasa.

 

2. BERCERITA TENTANG KELEBIHAN PUASA

Kebaikan dan kelebihan berpuasa

Lakukan aktiviti yang menyeronokkan untuk membantu anak memahami tentang ibadah puasa. Anda boleh berbual santai, membaca buku cerita, membuat kraf, lakonan boneka, atau menonton kisah Upin dan Ipin tentang puasa.

Kita tidak mahu mendidik anak supaya menganggap Islam adalah agama yang susah. Sebaliknya, ia adalah fitrah dan bersesuaian dengan semua manusia.

 

3. MEMUJI ANAK

Berikan pujian dan sokongan kepada anak

Kenapa malu puji anak sendiri? Ini adalah salah satu tips mengajar anak puasa.

Pujilah dan hargailah kejayaan mereka untuk menaikkan semangat mereka. Berikan mereka ganjaran dengan menyediakan makanan kesukaan anak anda ketika berbuka. Bukan dengan beri ganjaran untuk duit raya. Itu rasuah namanya!

 

4. RANCANG SECARA BERPERINGKAT

Merancang jadual puasa anak

Bagi yang pertama kali berpuasa, latihlah mereka secara berperingkat. Menurut Dr Fadzillah, ibu bapa boleh memulakan dengan beberapa jam terlebih dahulu. Kemudian barulah diikuti dengan separuh hari dan seterusnya beberapa hari mengikut kemampuan anak.

Rutin seperti ini seeloknya dipertingkatkan setiap tahun tibanya bulan Ramadan. Dengan cara ini, mereka lebih bersedia dan tidak rasa terpaksa untuk berpuasa.

5. MENYEDIAKAN MAKANAN KEGEMARAN UNTUK BERSAHUR & BERBUKA

Makanan kegemaran anak

Ibu-ibu perlu lebih kreatif di bulan Ramadhan ini dalam memastikan anak-anak mengambil keperluan makanan yang seimbang ketika bersahur dan berbuka. Carilah resepi yang menggabungkan makanan kegemaran mereka dengan keperluan sihat seperti nugget bersayur atau smoothie kurma dan coklat.

Bersederhana adalah kunci utama. Pastikan mereka minum air yang mencukupi dan tidak lupa memakan buah-buahan dan sayuran agar pencernaan mereka tidak terganggu.

 

6. LEWATKAN WAKTU SAHUR

Lewatkan waktu sahur

Anak-anak mungkin ‘liat’ untuk bangun pagi, apatah lagi bersahur. Kalau anak dibangunkan terlalu awal, kemungkinan besar mereka akan tertidur semula sebelum sempat menunaikan solat Subuh. Sebaiknya, anda juga berbual-bual dengannya, menyalakan lampu yang terang, dan menjadikan suasana bersahur meriah agar mereka tidak mengantuk.

Dalam Islam, melewatkan sahur adalah perkara sunat. Dalam sebuah hadis meriwayatkan:

“Sesungguhnya kami para Nabi diperintahkan untuk menyegerakan berbuka (sebaik masuk waktunya) dan melewatkan sahur.” (Hadis riwayat at-Thabrani)

 

ISLAM ADALAH AGAMA YANG PENUH KELEMBUTAN & KASIH SAYANG

Dalam melatih anak berpuasa, lakukanlah ia dengan penuh hikmah. Elakkan memaksa dengan keras sehingga kewajipan lain; seperti solat, dianggap ringan oleh anak-anak.

Kalau anak tak mampu berpuasa, jangan sesekali mengejek, mengungkit, atau memalukan anak yang tidak berpuasa di hadapan orang lain. Ia boleh menjadikan mereka kurang yakin diri dan tak mahu mencuba lagi.

 

Sumber: Siraplimau

Belajar Dari Siti Hajar

Posted on

Assalamualaikum jutawan yg dikasihi Allah dan Rasulullah.

“Hayati kisah Siti Hajar bagaimana dia bErusaha mEncari air utk anaknya nabi Ismail, sedangkan rezEkinya Allah tElah sediakn di dEpan mata shj.”

🥰🥰🥰Moral😍😍😍 #AllahSayang

Sebenarnya Allah nk tgk #USAHA kita utk dapatkan sEsuatu sdgkan DIA sgt maMpu beri bEgitu shj. Yakin dan percaya setiap usaha kita Allah nMpk, dan Allah akn bEri gaNjarannya. Allah bEri sgt #TEPAT waktunya…

#MotivasiCtdot
#MencariKekuatanDiriSendiri

Impian Itu Infiniti

Posted on

#impianituinfinit Jom IbuAyah support Impian anak2 kita dengan memberikan Nutrisi terbaik untuk mereka setiap hari.

#int3tree produk yang ternyata SANGAT berkesan dalam menggalakkan peningkatan FOKUS anak2 ketika mereka belajar. Meningkatkat daya ingatan mereka. Memelihara kesihatan mereka baik MATA, Sistem Imunusasi mereka, Jantung, Otak, Buah pinggang….boleh kata untuk keseluruhan kesihatan badan mereka👍🏻 Malah ia juga adalah peransang MOOD gembira buat anak2 kita.

10 Bahan2 yang digunakan bukan CALANG2 bahan tau IbuAyah😍 semuanye Nutrisi lengkap buat anak kita.

Ayuh kita galakkan Minda,Fizikal&Emosi mereka untuk mencapai Cita2 dan juga impian mereka.

#Int3treeTerbaik
#ResultAnakBagusDenganInt3tree
#FounderCtdotEmpire

10 Tips Meroket Ajar Anak Pandai & Rajin Membaca Dengan Mudah

Posted on

Menanam minat membaca dalam diri anak-anak harus bermula sejak kecil. Tidak dinafikan, susah sebenarnya nak tahu apa teknik ajar anak cepat membaca.

Tahukah anda, menurut kajian, belajar membaca merupakan satu cabaran untuk lebih daripada 40 peratus kanak-kanak? Oleh itu, jangan risau sekiranya anak anda belum pandai membaca seperti anak rakan-rakan anda.

Paling penting, jangan membandingkan anak anda dengan mereka kerana dikhuatiri anak anda akan hilang keyakinan diri dan menyebabkannya hilang minat untuk belajar lagi. Ingatlah, setiap anak-anak mempunyai potensi diri yang berlainan.

Kita sebagai ibu bapalah bertanggungjawab untuk mencungkil dan mengasah potensi mereka supaya menjadi insan yang cemerlang di masa hadapan, inshaAllah.

Oleh itu, pendidikan awal adalah sangat penting bagi mereka. Mari kita lihat 10 tips mudah ajar anak agar cepat membaca:

 

1. PILIH TEMPAT YANG SELESA UNTUK MEMBACA

Suasana selesa

Pastikan tempat yang selamat dan selesa. Yang lebih penting, tempat yang ada banyak lampu. Bila selesa, lebih banyak muka surat yang dia suruh kita baca.

2. BACA BUKU UNTUK ANAK-ANAK

Baca bersama anak

Kalau mahukan mereka minat membaca, bacakan buku pada anak-anak. Untuk anak sekecil 2-3 tahun, jika ibu-bapa selalu membaca buku ‘favourite’ mereka, jangan terkejut jika anak boleh hafal segala isi cerita dalam buku tersebut. Walaupun dengan pelat-pelat mereka, kita boleh mendengar butiran yang keluar dari mulut anak-anak. Tidak percaya? Cubalah dahulu.

 

3. JADIKAN MEMBACA SATU RUTIN

Terapkan minat membaca

Balik rumah, terus buka Astro. Ada ibu-bapa, terus buka Channel 611 atau lain-lain ‘channel’ agar anak tidak mengganggu. Bagaimana kalau waktu yang singkat ini, kita baca buku bersama-sama anak. Jika dilakukan setiap hari, tanpa disuruh, anak akan ambil buku mereka dan suruh kita baca. Sejurus habis, dia akan suruh baca lagi. Memang tampak penat, tapi percayalah, penat lelah anda akan berbaloi beberapa tahun lagi.

 

4. NYANYI LAGU A-B-C SAMA-SAMA

Nyanyi bersama anak

Suara sumbang? Tiada siapa peduli. Anak-anak tidak kisah jika suara ibu-bapa mereka tidak merdu. Apa yang mereka mahu ialah ibu-bapa mereka ‘join sekaki’. Lagu-lagu ‘ABC’ dan lagu-lagu animasi boleh dinyanyikan dan digayakan bersama.

 

5. JADI CONTOH YANG BAIK

Ibu bapa mencerminkan anak

Bagaimana anak mahu membaca buku jika ibu-bapa tidak menunjukkan perilaku dan contoh yang baik? Orang kata, “Leadership by example” atau dalam Bahasa Melayu,“Kepimpinan melalui teladan”. Kalau anak asyik nampak ibu-bapa mereka asyik main telefon bimbit sahaja, bagaimana mereka mahu mencontohi mereka?

 

6. TANYA SOALAN PADA ANAK

Memberi soalan pada anak

Anak suka bila kita tunjukkan minat. Bila ada gambar-gambar dalam buku, tanya dia kenapa gambar itu begitu begini. Contohnya, jika baca buku ‘Ugly Duckling’, ada seekor itik yang berwarna lain dari yang lain.

Cuba tanya anak, “Kenapa dia sedih? Kenapa itik lain tak kawan dengan dia?”. Anak akan tersenyum apabila mendengar jawapan dari mereka. Ada yang masuk akal, ada yang terlalu melucukan. Selitkan juga nasihat pada anak, “Nanti adik dah besar, jangan jadi macam itik-itik yang lain ni ye. Kawan dengan semua orang tau”.

 

7. PILIH BUKU YANG BAGUS

Buku warna-warni

Terlalu banyak buku kanak-kanak di kedai-kedai buku seperti MPH dan Kinokuniya. Bagi mereka yang berada di luar Kuala Lumpur, masih banyak kedai buku kecil yang menjual buku kanak-kanak.

Jika terlalu sukar mendapatkan buku yang diinginkan, boleh cuba beli secara ‘online’. Bagi yang sedang membaca ini, apakah buku yang anda cadangkan?

 

8. GABUNGKAN MEMBACA DAN MENULIS

Ajar dua teknik berkesan

Usah serahkan tugas mengajar anak pada tadika dan sekolah sahaja. Apa salahnya mengajar di rumah. Biarkan anak conteng rumah, asalkan mereka gembira. Jika tidak mahu mereka menconteng dinding, belikan kertas A4 banyak-banyak. Ajar anak-anak melukis sambil menulis abjad. Ajarkan juga bagaimana mengeja nama sendiri.

 

9. TAMPAL ABJAD ABC DI DINDING BILIK TIDUR

Menampal huruf dan nombor pada dinding

Ada banyak produk yang dijual di kedai buku yang mengandungi senarai A-B-C berserta gambar yang boleh kita beli. Tampal di bilik tidur mereka. Setiap hari, mereka akan nampak dan secara ‘subconscious’ mereka akan hafal abjad tersebut.

Sekarang, bagaimana kalau kita tampal tulisan jawi pula? Tentu mereka cepat tangkap satu hari nanti.

 

10. SELALU BAWA ANAK KE KEDAI BUKU ATAU PERPUSTAKAAN

Tanamkan sifat suka pada perpustakaan

Jika setiap minggu pergi ke ‘shopping complex’, jangan lupa singgah di mana-mana kedai buku. Jika tempat anda ada ‘library’, bawa mereka ke sana pada hujung minggu. Biarkan anak-anak ‘terrorize’ tempat tersebut. Biar mereka main puas-puas. Biasanya, kedai buku akan sediakan satu ruang khas untuk kanak-kanak.

Mereka boleh duduk bersama ibu-bapa di atas lantai, baca buku bersama-sama. Apabila anak membesar, dia akan ingat tempat yang selalu dibawa oleh ibu-bapa mereka. Jika mereka berkahwin satu hari nanti, dan mempunyai anak, mereka akan bawa ke tempat yang sama. Tempat yang memberikan mereka ilmu, kedamaian dan dalam masa yang sama, kegembiraan.

 

Kesimpulan

Apa yang penting ialah kesudian ibu-bapa untuk meluangkan masa bersama anak-anak. Faham, ramai yang sibuk dan tidak ada masa untuk anak sendiri. Namun percayalah, pelaburan masa untuk anak sungguh berbaloi.

 

Sumber: Siraplimau

SUSAH UNTUK TIDURKAN BAYI? GUNAKAN 7 TIPS MUDAH INI AGAR BAYI TIDUR NYENYAK DAN LENA

Posted on

Semua ibu bapa ingin si kecil mereka mendapat waktu tidur yang konsisten lagi mencukupi. Tapi, sukar bukan? Anda sebagai ibu bapa yang terpaksa berkorban demi menjaga si kecil kini yang kerap bangun dan sukar untuk tidur semula.

 

TIPS BAYI TIDUR LENA

Menidurkan bayi boleh jadi saat-saat yang paling membahagiakan. Namun ia juga boleh menjadi saat yang mengerikan bila mana anda mahu dia tidur, tetapi dia tidur hanya sebentar sahaja dan tidak lena. Pernah juga berlaku bila mana anda sudah tidurkan bayi, dan anda mahu bangun melakukan kerja, bayi pantas sahaja bangun semula seakan mengetahui anda tidak ada di sisi. Letih rasanya mahu tidurkannya semula!

Menurut Kementerian Kesihatan, pada keseluruhannya, bayi akan lebih tidur pada waktu siang dan malam hari, dia hanya akan terjaga apabila tiba waktu makan. Bayi yang baru lahir tidak dapat membezakan siang atau malam dan boleh tidur dalam purata 16 jam sehari, 2 hingga 4 jam terus-menerus di antara waktu makan.

CADANGAN TEMPAT TIDUR BAYI DARI KEMENTERIAN KESIHATAN

  • Tidurkan bayi secara terlentang di atas tilam yang padat dan kemas di katil bayi mengikut tahap keselamatan terkini.
  • Jangan menggunakan bantal, pelapik tilam, selimut, permainan yang ada bahagian-bahagian kecil dan penghadang katil yang tidak selamat.
  • Jika menggunakan selimut, posisikan kaki bayi di penghujung palang katil.
  • Selimutkan bayi dengan selimut yang nipis ke paras dadanya.
  • Pastikan kepala bayi tidak tertutup dengan selimut apabila tidur.
  • Jangan tidurkan bayi atas tilam air, sofa, tilam yang lembut, bantal atau di permukaan yang lembut.
  • Pastikan bayi memakai pakaian yang nipis semasa tidur dengan suhu bilik yang sesuai.
  • Elakkan menyelimut bayi secara berlebihan dan pastikan suhu badan bayi tidak panas.
  • Bayi sepatutnya tidur terlentang. Bayi boleh di tiarapkan ketika jaga untuk perkembangan otot, mata dan bagi mengelakkan belakang kepala bayi menjadi leper.

Melalui pengalaman yang dilalui penulis sendiri, berikut dikongsikan tips menidurkan bayi agar dia mendapat tidur yang lebih baik dan berkualiti:

 

1. SUSUKAN BAYI DENGAN TENANG

Bayi akan mengantuk jika mereka kenyang

Ini tips bayi tidur lena yang paling penting. Ketika bayi sudah menunjukkan tanda mahu tidur, suakan dia susu badan dan susukannya dengan tenang. Jika kita beria mahu tidurkannya dalam keadaan kelam kabut, dia mungkin tidak akan tidur atau tidur sebentar sahaja. Sambil menyusukan bayi, tepuklah dia dengan perlahan atau peluk dia erat. Waktu inilah anda mengeratkan ikatan (bonding) dengan bayi anda. Dia akan rasa selesa, dapat menyusu dengan tenang dan akhirnya tidur dengan lena.

 

2. SENDAWAKAN BAYI

Penting untuk sendawakan bayi

Pernahkan anda mengalami tika mana anak hanya tidur sebentar dan terbangun kemudian dia sendawa? Kadangkala sendawa beserta muntah susu. Dia mungkin tidak disendawakan selepas menyusu. Bayi tidak tahu sendawa sendiri. Pergerakannya yang terbatas, iaitu hanya baring dan mungkin duduk dengan bantuan, tidak memungkinkan bayi sendawa dengan sendiri. Dia memerlukan bantuan untuk sendawa. Jika tidak, tidurnya pasti tidak lena.

 

3. TEPUK LEMBUT ATAU DODOIKAN

Temankan bayi anda

Apabila bayi sudah lena, jangan terus tinggalkannya. Letakkan bayi di tempat tidurnya dan tepuk perlahan atau dodikannya supaya dia tidak terkejut kerana ditinggalkan.

 

4. BEDUNG BAYI

Pergerakan bayi terbatas

Salah satu sebab bayi tidur sekejap sahaja mungkin kerana dia mudah terkejut dan tidurnya terganggu. Bedunglah bayi anda supaya dia mendapat tidur yang berkualiti. Jika membedung bayi, elakkan memakaikan baju yang tebal. Cukuplak sekadar baju nipis dan member keselsaan kepada bayi. Bayi yang dibedung biasanya akan tidur lebih lama dari bayi yang tidak dibedung.

 

5. SUASANA TENANG DAN CAHAYA YANG MINIMA

Tidurkan bayi di tempat yang selesa

Pastikan tempat tidur anak tidak terlalu bising untuknya. Ketika waktu malam pula, pastinya cahaya lampu yang malap sahaja supaya anak boleh tidur dengan lebih lena.

 

6. TIDAK TERLALU PANAS ATAU TERLALU SEJUK

Suhu bilik yang sesuai

Pastikan suhu ketika anak tidur tidak terlalu panas atau sejuk. Pastikan juga pakaian yang dipakai oleh bayi adalah baju yang sesuai.

 

7. BEZAKAN TEMPAT TIDUR SIANG DAN MALAM

Bahagikan tempat tidur

Ini tips bayi tidur lena yang terakhir. Membezakan tempat tidur siang dan malam amat penting kerana biasanya anak akan mendapat tidur yang lebih lena pada waktu malam. Jika tempat tidurnya sama, maka anak tidak dapat membezakannya. Bertukar tempat tidur pada malam hari akan memberi isyarat bahawa waktu sudah bertukar.

Semoga tips bayi tidur lena ini dapat membantu ibu. Tidur yang mencukupi dan berkualiti amat penting untuk tumbesaran bayi. Jika tidurnya terganggu anak tidak dapat membesar dengan baik. Selamat mengasuh!

 

Sumber: siraplimau

5 TIPS ATASI SEMBELIT ANAK DENGAN MUDAH DAN MELEGAKAN

Posted on

Sembelit dalam kalangan anak-anak sudah menjadi kebiasaan ketika mereka membesar. Kurang kekerapan ke tandas dan suka menahan diri dari membuang air besar adalah faktor kepada masalah sembelit dalam kalangan anak-anak. Apa yang merunsingkan adalah, bagaimana ibu bapa perlu merawat anak apabila berhadapan dengan situasi ini?

Tak sanggup rasanya bila kita tengok anak sembelit, kan?

Sebelum berjumpa dengan pakar, apa kata anda cuba dahulu rawatan secara semulajadi di rumah untuk mengurangkan masalah sembelit dalam kalangan anak-anak. Tak tahu apa nak buat? Mari kita tengok cara-cara mudah yang boleh anda buat sendiri di rumah untuk merawat sembelit:

 

1. AIR

Sentiasa dehidrasi

Dehidrasi adalah punca utama kepada masalah sembelit anak-anak. Pastikan anak-anak minum air sekurang-kurangnya satu hingga 1.5 liter air sehari. Ini dapat membantu anak-anak menghindari masalah susah untuk buang air besar. Anda juga boleh cuba letakkan hirisan buah lemon dalam satu gelas air suam jika anak-anak mengalami masalah sembelit.

 

2. BUAH-BUAHAN

Buah-buahan kaya dengan pelbagai khasiat

Pisang : Kaya dengan serat dan pektin yang membantu untuk mengurangkan sembelit. Mengambil dua biji pisang sehari boleh membantu melembutkan najis. Kandungan pektin di dalam pisang membantu pergerakan yang lancar dalam usus yang membantu perut untuk menyingkirkan bahan buangan.

Prun: Buah prun adalah penawar klasik untuk sembelit dan kemanisan buah prun serta tekstur menjadikan ia kegemaran dalam kalangan kanak-kanak. Prun mempunyai kandungan serat yang tinggi dan juga dapat membantu melembutkan najis. Namun, perlu diawasi jika anak-anak terlebih makan buah prun kerana khuatir akan sakit perut.

Epal: Ternyata buah epal juga adalah salah satu cara untuk menyembuhkan sembelit. Rasa yang enak dan tekstur yang rangup sudah semestinya menjadi kegemaran anak-anak. Mempunyai kandungan serat yang tinggi juga adalah sebab kenapa buah epal dapat mengurangkan sembelit dalam kalangan anak-anak.

Oren : Selain dari kaya dengan Vitamin C untuk kulit dan kesihatan dalam anak, buah oren juga antara agen ‘julap semulajadi’ yang dapat membantu mengurangkan sembelit.

 

3. MINYAK ZAITUN

Khasiat minyak zaitun baik untuk kesihatan

Anda boleh beri satu sudu minyak zaitun bersama satu sudu jus lemon kepada anak anda di waktu pagi untuk melancarkan sistem penghadaman mereka. Pastikan diambil ketika perut masih kosong untuk melegakan ketidakselesaan akibat sembelit.

 

4. ALOE VERA

Aloe Vera atau lebih dikenali dengan nama Pokok Lidah Buaya

Aloe vera atau lidah buaya sangat terkenal dalam tips kecantikkan. Tetapi, tahukah anda bahawa aloe vera juga adalah salah satu ubat untuk merawat sembelit? Hanya ambil dua sudu penuh aloe vera dan dicampur bersama segelas air suam adalah cara paling efektif untuk merawat sembelit.

 

5. YOGURT

yogurt mengandungi lebih banyak kalsium, vitamin A, tiamina, niasin dan riboflavin

Yogurt mempunyai kegunaan yang pelbagai dalam kehidupan kita. Salah satu kegunaan yogurt yang orang terlepas pandang adalah merawat sembelit. Dengan adanya pemgambilan yogurt setiap hari, ia membantu untuk menyebarkan bakteria yang baik dalam perut anak-anak supaya sentiasa mudah untuk mereka buang air besar dan melancarkan sistem penghadaman.

 

Sumber: Siraplimau

Tahniah Kepada Top Ejen Yang Sentiasa Berjuang

Posted on

Ahaaaaa….. Ingt x laGi pic yG pErtaMa tu? BoNda nk bg sUprisE masa eveNt 16/3 hritu kan?? Ajiommmmler kita tGk sapE yg puNya🤩🤩🤩🤩
.
Alhamdulillah amanah dan taNggungjawab tElah boNda laksaNakan… Memasing taNya kEnapa mEreka yG boNda pilih?
Jawapan boNda “Bkn boNda yG piLih tapi ALLAH haNtar kaLian utk boNda bErkOngsi rezEki dariNYA… kaLian mmg layak utk miLikinya atas pEncapaian yG cEmeRlang pErmuLaan thn 2019 ini….
.
Emas 1g yg kaMi bEli mEnjadi miLik mUtlak
jutawan2 #ApprenticeCtdotEmpire.

Tahniah Jutawan Suhailah Jamlus
Tahnaih Jutawan Oked Sanusi
Tahniah Jutawan Norhafizah Alwi
Tahniah Jutawan Merah Rose
.
Alhamdulillah…..inilah kEjayaan mEreka. Merekalah antara 21 #TITANCTDOTyg mEnjadi pEnggeRak utaMa team Ctdot💪💪💪.

#Int3treeTerbaik
#CtdotBerkoNgsiRezEki
#TitanCtdotEmpire

www.ctdotempire.com

Tahniah Kepada Anak Hebat Ini!!!

Posted on

Alhamdulillah…. Tahniah kepada anak hebat ni yg berjaya dgn cemerlang dlm keputusan SPM 2018..konsisten bersama #int3tree sejak pt3 lagi dan Straight A’s SPM👍👍👍 TAHNIAH !!! Tina..cik hawa tumpang gembira.

TAHNIAH juga !! kpd ibu dan ayahnya.

DOA,USAHA,FOKUS,YAKIN,TAWAKAL,KONSISTEN =CEMERLANG.

InsyaAllah konsisten bersama #int3tree pasti anak2 dpt manfaat nutrisi dari #int3tree.

❤️Menguatkan ingatan
❤️Meningkatkan daya FOKUS
❤️Menyihatkan tubuh badan
❤️Membantu utk anak2 mengawal emosi mereka
Dannnn banyak lagi manfaat lain 👍🏻👍🏻👍🏻.

Semua nie tak mustahil dapat bantu anak2 perform dalam pelajaran mereka.

Anak2 memang memerlukan Nutrisi yg lengkap untuk mereka membesar dengan sihat,ceria dan Cerdas pemikirannya.

Tahniah buat anak #int3tree ini….InsyaAllah permulaan yg bagus dan pengakhiran yg lebih cemerlang👍🏻

Kredit to HawaAdam Imman

#ApprenticeCtDotEmpire

www.ctdotempire.com